1 Nov - 3 Nov 2013
Tasik Banding, Perak
| Apong - Krew Kelah |
| Poll - Krew Kelah |
| Afiq - Krew Kelah |
| Sarip - Ketua Krew Toman |
| Kiman - Krew Toman |
| Kasim - Krew Toman |
Hari Pertama
Trip Banding direalisasi secara rasminya. Krew seramai 14 orang memulakan cabaran trip kali ini bergerak dari lokasi mastautin menuju destinasi cabaran Tasik Banding, Grik, Perak pukul 11 Malam, Khamis 31 Oktober 2013. Melalui Lebuhraya Utara Selatan, berehat di Hentian Tapah dan Sungai Perak, krew sampai di Pengkalan Jeti Awam Tasik Banding jam 5.15 pagi disambut krew dari Kuala Nal yang sampai sejam sebelum itu. Memandangkan sampai awal sebelum menaiki rumah bot jam 8 pagi, krew sempat mengemaskini atucara trip yang diselaras Ketua Lembaga, Buss.
Trip Banding direalisasi secara rasminya. Krew seramai 14 orang memulakan cabaran trip kali ini bergerak dari lokasi mastautin menuju destinasi cabaran Tasik Banding, Grik, Perak pukul 11 Malam, Khamis 31 Oktober 2013. Melalui Lebuhraya Utara Selatan, berehat di Hentian Tapah dan Sungai Perak, krew sampai di Pengkalan Jeti Awam Tasik Banding jam 5.15 pagi disambut krew dari Kuala Nal yang sampai sejam sebelum itu. Memandangkan sampai awal sebelum menaiki rumah bot jam 8 pagi, krew sempat mengemaskini atucara trip yang diselaras Ketua Lembaga, Buss.
Jam 8 pagi, krew membawa masuk barang-barang trip ke rumah bot, Rafflesia Cruise yang diketuai tekong, En. Sola.
| Rumah Bot - Rafflesia Cruise |
| Tekong Rafflesia Cruise - En Sola |
nak bergambar pun, macam-macam karenah ...
Dan ini hasilnya, pertama kali dalam trip untuk sesi ini.
sebelum naik ke rumah bot, sempat lagi bergambar...tapi 'sakela' yang dipegang tak jadi dah "TRIP BANDING', semua dah ke laut.
atas rumah bot, bergambar lagi sebelum rumah bot memulakan pelayaran
8.45 pagi, cabaran Trip Banding bermula dengan bot mula bergerak ke lokasi. Suasana semasa perjalanan selama 4 Jam 30 Minit menuju Sungai Tiang.atas rumah bot, bergambar lagi sebelum rumah bot memulakan pelayaran
ketika perjalanan, sebahagian krew membuat persiapan dan memperkemas alatan memancing
mula memasuki kawasan Sungai Tiang
dalam pada itu, krew dah mula layu mata
tapi yang tak boleh tahan, Ketua Lembaga mendahului senarai
krew sampai di lokasi berlabuh berhampiran kuala Sungai Tiang pukul 2 petang. Ketua Krew kelah menguji lapangan
tapi dah kena jarum...campak umpan atas tunggul kayu, naik bot bagai la untuk membetulkan keadaan
mengikut atur cara trip, setiap krew diwajipkan menaikkan ikan, jika tidak bakal menjadi mangsa denda, apa lagi setiap krew amatur terutamanya, mula la bertarung untuk mendapatkan ikan. antara krew amatur, PA Ketua Lembaga masuk senarai juga, tak boleh blah...
Pok Man, krew amatur pertama berjaya memancing ikan 'sia', diikuti Emi
yang menariknya, orang sibuk duk memancing, Ketua Chef layan bawangnya, tapi kalau tak layan bawang, kebulur la krew jawabnya.
Hari Kedua
Suasana pagi cukup menyamankan. Semua krew telah berjaya menaikkan ikan di hari pertama, kecuali Ketua Chef, Pua. Dek kerana ada denda yang dikenakan jika setiap krew gagal menaikkan ikan barang seekor sekali pun, Ketua Chef di pagi hari lagi dengan semangat menjatuhkan umpannya.
sambil tunggu ikan makan umpan, Ketua Chef layan perasaannya...
dan akhirnya berjaya menaikkan ikan, bukan seekor tapi lima ekor dalam masa 15 minit, hebat Ketua Chef Trip, tapi bukti tak sempat nak snap, sebab Juru Gambar pun duk layan memancing juga.
dalam pada itu, aksi krew di pagi hari kedua
krew jemputan, Afiq tak kurang hebatnya, dicampak rapala pada tunggul kayu dalam tasik...
tapi ada insan membantunya melepaskan rapala itu.
hari ini, Krew Kelah akan memburu kelah di Sungai Tiang, diketuai Ery dan ahli-ahlinya ditemani Pengiring Krew
Krew Kelah bergerak ke Sungai Tiang
kelihatan Ketua Chef yang menumpang bot krew kelah untuk bersiar-siar makan angin
gaya persembahan Ketua Krew Kelah menetapi statusnya sebagai Ketua Krew
Krew Kelah selamat mendarat di dataran Sungai Tiang bersebelahan kampung orang asli.
dan terus bergerak ke lubuk kelah. perjalanan ke lokasi memakan masa 1 jam dengan berjalan kaki meredah pelbagai laluan air dan darat.
di pertengahan perjalanan terlihat tapak kaki gajah yang baru sahaja melalui kawasan tersebut. Boleh tahan juga badan tuan diri kalau tapak kaki besar ni.
semasa perjalanan, ada juga yang pancit...antaranya...
dan Ketua Lembaga kita, aduh sayang...
setelah 1 jam 15 minit lebih kurang, Krew Kelah sampai ke kawasan permainan ikan kelah, yang bestnya belakang tempat mancing, tempat gajah lepak, hebat lokasi ni
Krew Kelah mula mengenakan umpan untuk memulakan buruan.
Pol, krew pertama memulakan permainan, lokasi macam biasa je
diikuti, Apong dengan casting umpan tiruan untuk ikan sebarau
dalam pada itu, "Joe Flizzow" sangat fokus dengan aksinya
Pol dan Pengiring Krew Kelah tenang layan suasana
di mana pula lokasi memancing Ketua Lembaga, menarikkah lokasi beliau?
memang terbaik la lokasi Ketua Lembaga, siap boleh landing ni...dan Apong menaikkan ikan pertama iaitu sebarau.
apa yang dikehendaki sudah dapat, Afiq, krew jemputan berjaya menaikkan kelah yang pertama.
sebarau kedua milik Apong
tidak berpuashati di tempat lama, Ketua Krew Kelah kembali ke lokasi Apong dan Afiq menaikkan kelah dan sebarau
akhirnya Ketua Krew kelah berjaya mendaratkan kelah pertama untuk dirinya dan kelah kedua untuk trip ini
12 minit kemudian, sekali lagi menaikkan ikan, tapi kali ini, sebarau yang ketiga untuk trip.
gambaran suasana memancing Krew Kelah
gaya lontaran dari Ketua Krew Kelah
suasana seterusnya di lokasi Krew Kelah
lepas bercerita, sambung balik memancing
Juru Gambar Trip memang terbaik
sesi penghujung di lubuk kelah Sungai Tiang
sesungguhnya, misi Krew Kelah untuk Trip Banding sangat berjaya, dalam masa 1 jam memancing di salah satu kawasan permainan kelah di Sungai Tiang, ini hasilnya 3 ekor kelah dari Krew Kelah
Pengiring Krew membawa hasil tangkapan
laluan balik melalui perkampungan orang asli
apa pun, Juru Gambar Trip memang komited dengan tugasnya
Krew Kelah bergerak balik ke rumah bot dan sampai lebih kurang pukul 630 petang. seperti biasa, bila dah ada hasil tangkapan, ada la pelakon pembantunya...Pemenang Pelakon Pembantu Terbaik, Kasim.
Ketua Chef tak kurang hebatnya nak bergambar dengan hasil tangkapan Krew Kelah
Krew Trip Banding sememangnya masak dengan tugasan masing-masing, dan tugasan siang ikan di hari kedua dipikul oleh sepasangan 'kekasih gelap', Bucit dan Pok Man.
Hari Ketiga
hari terakhir trip, berikutan kejayaan Krew Kelah, Krew Toman tidak mahu ketinggalan untuk menjayakan trip kali ini. Sarip, Ketua Krew Toman cuba memburu toman ditemani Pengiring Krew dalam waktu kecederaan trip..
hasilnya, Sarip, Ketua Krew Toman berjaya juga menaikkan seekor toman seberat 3kg.
jika pelakon tambahan Krew Kelah, Kasim, Krew Toman ada juga pelakon pembantunya, Pok Man.
sebelum berangkat balik ke jeti, krew tidak melepaskan peluang mandi di Tasik Banding.

antara suasana pesta mandi Krew Trip Banding
aksi terjunan dari Ery dan Emi
terjunan beramai-ramai
sambil itu, sempat lagi bergambar dengan toman
dah letih la tu gamaknya...
selasai mandi, krew mula bersiap untuk menamatkan Trip Banding dengan penuh bangganya. pukul 9.30 pagi, rumah bot mula meninggalkan lokasi berlabuh menuju ke Pengkalan Jeti Awam, Tasik Banding, perjalanan balik juga memakan masa lebih kurang 4 jam 15 minit. semasa dalam perjalanan balik, sempat lagi sebahagian krew nak bersiar-siar.
melintasi papan tanda Sungai Tiang yang memberi kejayaan kepada misi Trip Banding.
sebagai kenangan, Krew Trip Banding mengabadikan logo Sobak Baik beserta tandatangan krew di dinding rumah bot, Rafflesia Cruise.
4 jam 30 minit masa perjalanan, krew sampai di Pengkalan Jeti Awam Tasik Banding...sebelum bertolak balik, bergambar kenangan di plat Taman Negeri Royal Belum, Tasik Banding, Perak.
Misi Trip Banding mencapai sasaran dengan hasil tangkapan yang memberangsangkan dari dua kumpulan krew iaitu Krew Kelah dan Krew Toman. Tahniah kepada Ketua Lembaga yang menyelaras Trip Banding dengan baik. Dengar cerita, macam ada trip ulangan je, betul ke?































